Makanan Tradisonal Melayu
RENDANG
Rendang adalah masakan tradisional bersantan dengan daging
lembu sebagai bahan utamanya dan disediakan dengan santan, lada, bawang,
daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan
sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau
pulut kunyit, ketupat palas atauketupat pulut, ketupat nasi, roti atau
diratah makan begitu saja. Kebanyakkan bahagian daging lembu yang
digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa
dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat popular dan disajikan
sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan
Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji,
majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat,
kenduri harijadi dan sebagainya. Masakan ini sangat digemari di semua
kalangan masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia juga di Malaysia
khususnya di Negeri Sembilan. Rendang Tok pula terkenal di Negeri Perak
KETUPAT
Ketupat
ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan
daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia,
Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya.Ketupat pulut ialah ketupat
yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi
dibuat daripada beras. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.
LONTONG
Lontong
ialah makanan istimewa Indonesia dan Malaysia yang diperbuat daripada
beras yang dikukus selepas dibungkus dengan daun pisang.Lontong biasanya
dihidangkan dengan sate, rojak atau gulai kambing. Walaupun makanan ini
mirip dengan ketupat, lontong lebih sering ditemukan di banyak kedai
makan di Indonesia dan Malaysia kerana cara pembuatannya adalah lebih
mudah daripada cara membuat ketupat. Sebaliknya, ketupat lebih kerap
ditemukan pada Hari Raya Aidilfitri.Lontong berwarna hijau di luarnya,
sedangkan berwarna putih di dalam. Lontong banyak ditemukan di pelbagai
daerah di Indonesia dan Malaysia sebagai pengganti nasi putih. Walaupun
kedua-dua ini diperbuat daripada beras, lontong memiliki bau harum yang
istimewa.
NASI LEMAK
Nasi
lemak merupakan masakan tradisi dan masakan popular orang Melayu di
Malaysia. Ia patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan
sahaja menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut di pelopori oleh kaum
Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi
pada masa kini dijadikan hidangan sepanjang hari. Ia juga turut
dihidang pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu di
hotel-hotel.Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan:
kari ayam, rendang, sambal dan ayam goreng
Makanan Tradisional India
Tosai
Tosai ini mempunyai banyak nama lain.
Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai
ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai
telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini
sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh
didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india.
Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai
sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan
protein. Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan.
Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau
daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan
bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.
MURUKKU
IDLI
Idli juga berasal dari India.Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna,rave atau sambar idli.Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan.Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan,sambar dan lain-lain.Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi.
KARI
Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.
Makanan Tradisional Cina
NASI AYAMNasi ayam Hainan merupakan makanan Cina yang sering dikaitkan dengan makanan Malaysia atau Singapura, dan juga ditemui di negara berjiran Thailand, serta juga di wilayah Hainan, China. Nasi ayam Hainan yang dinamakan sedemikian karena asal-usulnya dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang, versi makanan ini yang didapati di Malaysia/Singapura menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan dan Kantonis ditambah lagi dengan citarasa makanan di Asia Tenggara.
YONG TAU FU
Di Malaysia, kawasan Ampang di Kuala Lumpur khususnya terkenal dengan hidangan ini. Pokoknya, hidangan ini dimulakan pada awal 1960-an oleh sebuah restoran bernama "Chew Kuan" di mana tauhu dibubuh pes daging ikan atau khinzir, dan dengan itu hidangan ini bernama "Yong Tau Foo," yang bermaksud "tauhu yang dibubuh." Sejak itu beraneka sayur-sayuran dan masakan goreng juga turut dibubuhi sedemikian, jadi nama Yong Tau Foo pun digunakan untuk memaksudkan mana-mana makanan yang disajikan sedemikian.
CHAR KUEW TEOW
Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia. Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), leper dan kira-kira 1 cm lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.Char kway teow mempunyai reputasi sebagai tidak menyihatkan akibat kandungan lemaknya. Akan tetapi, semasa masakan ini dicipta, sasaran utamanya ialah para buruh. Kandungan lemak yang tinggi dan harganya yang murah menjadikannya popular di kalangan buruh sebagai sumber murah tenaga dan nutrien
No comments:
Post a Comment